Jet peribadi aku, Citation X selamat mendarat menjelang waktu malam di Jonkoping Airport; di Sweden. Selesai aje encik pilot parking Citation X aku di private hangar, aku pun turun di bantu oleh pramugari, Tak berapa jauh dari private hangar, sebijik BMW silver bercermin gelap yang dipandu encik Greger sedia menanti aku.
“You wanna drive ,sir?” tanya Greger kepada aku sambil mencampakkan backpack aku ke dalam bonet BMW silver
Aku tak bawak banyak pakaian untuk trip ke sweden kali ini, sebuah backpack serta pakaian musim luruh, serta spender untuk 4 hari punya trip.
“Nevermind greger, you drive. I’m tired.” aku kata kepada greger; lagi pun aku tak familiar dengan jalan-jalan di bandar selatan sweden ni.
Selesai urusan di airport, aku dan greger menaiki BMW silver untuk menuju ke tempat penginapan aku di Hotel Savoy yang terletak berhampiran tasik Vättern. Di lobi hotel savoy makcik Marna dan pakcik pakcik Yrjan serta anak dara mereka Nia dan Alva sedia menanti. Terus aku bersalaman dengan pakcik Yrjan, makcik marna terus mendakap aku begitu juga Nia dan Alva.
“How long will you be here?” tanya pakcik Yrjan. Orang tua yang mencecah umur hampir 60-an in masih sihat, walaupun pernah menjalaini pembedahan bypass jantung 2 tahun lepas.
“4 days. I’m here to close a deal on behalf of my dad” jawap aku ringkas
“Here’s grilled salmon steak. Your favorite.” Makcik Marna terus menghulurkan tupperware berisi steak ikan salman yang di grill, kegemaran aku.
“Thanks. you’re so kind” aku terus sambar tupperware tu sambil tersenyum puas; memang ikan salmon steak itulah yang aku nanti setiap kali ke Jonkoping.
“It’s good to see you again.” Kata Alva sambil menghulur sekuntum Vitsippa.
“Tack” Aku mengambil bunga putih yang lembut itu sambil mengucapkan terima kasih dalam bahasa swedish
Aku berbual hampir sejam di ruang lobi bersama keluarga Pakcik Yrjan. Macam-macam yang di borakkan. Sambil berbual aku makan grilled salmon steak yang di masak makcik Marna, mereka sekeluarga hanya memerhatikan aku makan.
“You want to go for sightseeing tomorow?” tanya Nia, anak sulung pakcik Yrjan dan makcik Marna, akak kepada Alva dan berusia lewat 20-an makala Alva berusia 23 tahun dan menuntut di jurusan undang-undang di sebuah Unversiti di Berlin, German.
“Maybe a day after tomorrow. I’m a bit busy tomorrow. What about you’ll be my tourist guide around sunlit square?” Jawap aku sambil menguap.. kurang sopan betul perangai aku ketika itu, menguap depan orang.
“alright then, It’s a deal. Just give me a call and we’ll pick you up and we go for sight seeing around Jonkoping” Kata Nia dengan girangnya.
Menjelang pukul 10 malam, aku meminta diri untuk berehat, setelah kekenyangan melantak grilled salmon steak Makcik Marna. Sekali lagi aku bersalaman dengan pakcik Yrjan; Makcik Marna mendakap aku kemas sambil memberikan aku kucupan di pipi kanan. Nia juga begitu.
Sepertimana makcik Marna dan Nia, Alva juga mendakap aku serta memberikan kucupan di pipi kanan. Mungkin sudah budaya pompuan omputih untuk mendakap dan memberi kucupan di pipi kanan pada orang yang rapat dengan mereka. Aku mengikuti mereka sekeluarga berjalan ke luar Hotel menuju ke SUV merah buatan german mereka. Nia yang memandu. Aku melambai mereka tatkala SUV merah itu meluncur meninggalkan aku dan Gerger.
Gerger membantu aku mengangkat backpack aku ke bilik hotel. Setelah memberitahu tahu jadual kerja aku untuk esok, aku izinkan Gerger pulang berehat. Setelah Gerger melangkah pergi, aku campak kan backpack aku ke sofa, dan terus aku tuju ke bilik air untuk memerut dan mandi. Setelah mandi, aku terus ke katil untuk membuta.
Tak beberapa lama kemudian, Henpon aku bergegar dan berbunyi nyaring, aku capai dan rupanya alarm menandakan sudah pukul 12 tengah hari, masa untuk aku bersiap untuk sembahyang jumaat. Aku kesat-kesat mata… aku masih di malaysia… di depan monitor LCD.. ish ish.. rupanya aku bermimpi saje daaa..
Sunlit Square
An afternoon in Linkoping
Aku mau bagitau 1 : Cerita di atas cuma sekadar fiksyen aje. Baca boleh jangan percaya
Aku mau bagitau 2 : Gambar aku rembat guna teknoloji google sekadar penyeri entri fiksyen ini
Das ist alles
No comments:
Post a Comment