Monday, December 28, 2009

kawanku=poser.

Post kali ni berkisar apa yang terbuku didalam hati aku. Dan ianya memang datang dari dalam hati aku. Memang lama dah nak tulis pasal mamat ni, tapi cam relex dulu. Pastu, last weekend issue ni telah menjadi buah mulut kitaorang di meja bulat hadapan Maju Junction KL. Itu yang membuat aku membuak² nak tulis kat sini. Kepada pembaca semua, jadikanlah cerita betul ini sebagai peringatan. ok. Be u are as what u are!

Aku ada kawan dan selepas ini dipanggil Mr. A (bukan nama sebenar) . Asal dari negeri sebelah kampung aku. Sekarang ni duduk KL, house mate dia kawan aku Mr. Stereng BMW (bakal jadi business partner aku). Kira dari rumah dia (kat KL ni) leh nampak KLCC la.. Dia ni dulu belajar kat salah satu Kolej Swasta yang LAN tak recognize (sekarang dipanggil MQA). Aku kenal dia ni aku rasa ada la kot lebih dari 10 tahun. Pada mulanya, aku nampak dia ni cam budak² technician gitu pasal masa tu dia keja technician. Dari company telco sampailah company buat IT. Dia ni dah kawin dan dah ada anak sorang dah pun. Orang umah dia orang kampung aku. Sekarang bekerja kat selatan tanah air. Anak dia, mak mertua Mr. A yang jaga yang juga berada di kampung aku. Dia ni sekarang bekerja dengan satu company yang membayar bill² perubatan hospital yang berpusat di Petaling Jaya.

Ok, itu serba sedikit latar belakang Mr. A. Kawan² aku ni adalah terdiri daripada budak² underground la yang mana muziknya anda sedia maklum, memang enak didengar semasa nak bertumbuk atau bergaduh. Mereka² ini terdiri daripada peminat muzik, budak band, editor / photographer zine, pemikir² underground ataupun tuan punya kedai underground kat Cambell Complex. So kita orang ni ada la lepak kat gigs ataupun mamak depan Maju Junction atau kat jamming studio kat Desa Pandan untuk membincangkan isu² semasa selain daripada bertukar² pandangan atau menuntut barang yang telah diorder dan membuat bayaran.

Mr. A ni pun adalah salah seorang daripada ahli yang hadir setiap kali ada acara lepak² kutuk² gelak² di gigs² atau kedai mamak. To be frank, aku tak kisah langsung Mr. A ni nak lepak sekali. Ala.. satu kampung lagi pun. (sila ingat ayat ini aa..) walaupun Mr. A ni setahu aku tak pernah minat ngan band underground, tak dengar lagu² berat yang boleh menyebabkan sakit gigi, tak de band, tak leh main instrument, tak leh menyanyi, bukan editor mahupun photographer zine, bukan dari golongan pemikir underground, owner butik baju kat cambell pun tidak. Jadi, siapa Mr. A ni dalam scene underground? Dia hanyalah kawan kepada budak² scene underground. Menggunakan platform underground ni la dia ni banyak dapat kawan terutama dari utara tanah air seperti.. er.. tak pe la kot.. dan juga awek² underground yang sweet² walaupun bilanganganya agak sedikit.

Problemnya Mr. A ni, hyper outspoken. ye la.. ko tu bukan sapa² pun.. tak yah la nak over. Ngutuk orang no 1. Dah la yang dia kutuk tu antara otai² underground kat Malaysia ni. Brother tu dah main kat luar Malaysia tau tak.. Ko tu.. hish… pastu lebih². Asal duduk ngan otai² jer nak amik gambar, asal lepak kat gigs je amik gambar. Pastu terus upload gambar kat Facebook. Ko nak buat apa ni Mr. A? Apa yang ko nak sebenarnya? Aku ni main band dari aku form 3 tau, tak de pun nak kecoh² macam ko.

Pastu Mr. A suka sangat bercerita pasal agama. Macam la dia ni terer sangat. Aku tengok tungging terbalik gak. Kebodohan kamu itu telah terserlah. Yang si Mr. Stereng BMW ni memang tekanan persaan la.. Setiap kali ada update kat facebook jer Mr. A lah yang paling sebok nak bagi tau orang. Lebih² lagi bila yang di update tu ada lah awek (atau chiki) Yang menjadi mangsa adalah Mr Stereng BMW. Pasal satu umah.. Perbuatan Mr. A itu sungguh merimas dan melemas kan aku dan budak² lain. Tapi.. itu la kan.. dah satu kampung.

So, bagi aku Mr. A ni poser la.. lepak untuk gain glamor daripada orang lain. Lepak untuk rapat ngan chiki² underground. Ko tu bukan sapa² pun dalam scene.

FYI, aku tulis ni bukan la pasal aku dengki ke apa ke. Just nak suarakan ketidak pusan hati aku jer. Tapi apa² pun Mr A ni tetap kawan aku. Kepada Mr. Stereng BMW, banyak² bersabar ok. Nanti ko pindah la.. Kepada Mr. A, lu lebih la beb.. lu lebih.. lu kena belajar hormat orang, lu kena belajar baca air muka orang. lu kena cool down skit. tak yah try too hard. nampak sangat lu ni POSER!!

Aku mengalu²kan respon dari korang. Kalau ada la.. nak kutuk ke apa ke.. belasah jer.. ok. Thanks!

~aku.rasa~

[Via http://akurasakan.wordpress.com]

No comments:

Post a Comment